Monday, 8 October 2012

FEMMINA



                                                                                                        

Femmina ialah sejenis pemakanan tambahan unik yang menggabungkan formulasi terkini terdiri daripada 3 sumber phytoestrogen semulajadi dari 3 buah negara berasingan iaitu Pueraria mirifica (Thailand), Labisia pumila (Malaysia) dan Asparagus racemosus (India). Khasiat phytoestrogen adalah satu anugerah kepada wanita kerana ia bertindak seperti estrogen iaitu hormon wanita yang menyokong kesan estrogenik kepada organ khusus wanita seperti payudara, rahim dan ovari. Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi.

Phytoestrogen membantu dengan memperbetulkan kekurangan estrogen dan mengembalikan kestabilan hormon. Faedahnya dapat melindungi wanita dari penyakit kardiovaskular, meredakan kesan putus haid seperti mengurangkan rasa panas badan, mengatasi kekeringan faraj dan kencing tidak terkawal, menghindari perubahan mood, mengembalikan fungsi dan keinginan seksual, melindungi dari osteoporosis dan mencantikkan kulit.

PUERARIA MIRIFICA

Tumbuhan herba yang berasal dari Thailand dan Myanmar ini dikatakan sebagai herba awet muda adaptogenik yang mengandungi sehingga 13 jenis unsur kimia yang diklasifikasikan sebagai phytoestrogen antaranya miroestrol, daidzein, genistin, genistein, B-sitosterol, coumestrol, pueraria, compestrol, mirificoumestan, kwakhurin dan mirificin.

Seperti yang diwartakan oleh Luang Anusan Suantara pada tahun 1931, Pueraria mirifica berupaya:

  • Memberi khasiat awet muda.
  • Berkesan membasmi kedutan kulit.
  • Menghitamkan uban dan menggalakkan penumbuhan rambut.
  • Mengatasi masalah rabun mata.
  • Membantu menghindari kelemahan daya ingatan.
  • Memberi kesegaran dan membantu ketangkasan pergerakan.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Melancarkan aliran darah.
  • Meningkatkan selera makan kepada yang memerlukan.
  • Mengatasi masalah tidur

Kajian dari para saintis telah menemui bukti sokongan bahawa pengambilan harian Pueraria mirifica dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular secara merendahkan tahap kolesterol darah, melawan kanser payudara dan usus di samping mengatasi gejala menopaus.

Kajian di Thailand juga menunjukkan phytoestrogen yang dikandungi Pueraria mirifica berupaya membesarkan payudara dalam lebih 90% dari wanita yang menggunakannya. Ia mengembangkan tisu lemak dan menegangkan ligament di sekitar payudara yang menyokong bentuknya. Ia memaksimakan aliran darah dan mengekalkan tisu kolagen yang bertindak memberi kemontokkan, keanjalan dan kelembutan payudara.

LABISIA PUMILA

Turut dikenali sebagai Kacip Fatimah, Labisia pumila ialah versi wanita bagi Tongkat Ali di Malaysia. Secara tradisional, ia digunakan untuk meningkatkan daya hidup, mengatasi keletihan dan mengetatkan otot faraj wanita. Yang lebih menarik, ia mengekalkan sifat-sifat kewanitaan.

Kajian menunjukkan Labisia pumila bertindak menyelia reseptor estrogen dan memiliki khasiat phytoestrogen yang memberi faedah kesihatan, antaranya:

  • Membantu memulihkan kitaran haid yang terganggu seperti ketika mengalami stress ataupun sewaktu mengalami masalah kesihatan dan juga setelah memberhentikan pengambilan pil perancang.
  •  
  • Mengatasi senggugut dan kerengsaan akibat kesakitan haid.

  • Menstabil, membina dan mengharmonikan sistem peranakan wanita bagi meningkatkan kesuburan.

  • Memberi keanjalan dan ketegangan payudara dan mengetatkan faraj.

  • Menyokong pertumbuhan flora dalam rongga peranakan bagi mengelakkan
          jangkitan dan kerengsaan.

  • Mengatasi keletihan dan memberi keceriaan emosi.

  • Meningkatkan tenaga ketika bersenggama.

  • Mengatasi masalah yang bersangkutan dengan sembelit.

  • Menghindari masalah kembung

  • Menegangkan otot perut.

  • Melegakan masalah rheumatik.

ASPARAGUS RACEMOSUS

Asparagus racemosus digunakan secara tradisional untuk merangsang penghasilan hormon wanita. Ia merupakan sejenis phytoestrogen dari India yang dikenali sebagai Shatavari yang membawa erti "100 suami".

Khasiatnya meliputi :

  • Menggalakkan penghasilan susu ibu.
  • Meningkatkan libido wanita.
  • Membantu mengatasi gejala menopaus dan melegakan sindrom sebelum
     haid.
  • Meningkatkan kesuburan secara menyihatkan organ peranakan wanita.
  • Melembabkan tisu peranakan yang kekeringan.
  • Memberi kesan awet muda dan menghindari penuaan pramatang.

Di sebalik peranan di atas, Shatavari juga meningkatkan sistem imun, mencerdaskan minda, membantu penghadaman dan meningkatkan tenaga dan kekuatan. Ia turut membantu membersihkan toksin dari darah dan meransang fungsi hati. Shatavari bertindak sebagai antioksidan, melawan stres, mengatasi alahan dan menguatkan otot. Ia gunakan oleh syarikat farmaseutikal bagi merawat batuk, kekurangan air, cirit birit, demam berpanjangan, muntah darah, herpes, asid perut yang berlebihan, ulser perut dll.


SOAL JAWAB MENGENAI FEMMINA

1. Berapa kapsul yang perlu saya ambil sehari?

1 kapsul selepas sarapan dan 1 kapsul selepas makan malam. Walaubagaimanapun, untuk memudahkan, anda juga boleh mengambil 2 kapsul sekaligus selepas sarapan.

2. Bagaimana cara pengambilannya?

Seeloknya Femmina dimulakan pengambilannya selepas haid. Femmina tidak disyorkan diambil ketika haid untuk mengelakkan gangguan pada kitaran semulajadi estrogen pada pusingan haid yang biasa. Pengambilan Femmina dihentikan sementara ketika haid dan dimulakan semula selepas haid. Begitulah seterusnya. Bagi wanita yang menopaus, Femmina boleh diambil berterusan tanpa henti.

3.Berapa umur wanita yang boleh mengamalkan Femmina?

Femmina disyorkan untuk wanita 18 tahun ke atas. Walaubagaimanapun, paling mustahak ialah golongan wanita selepas umur 35 tahun kerana sewaktu itu paras estrogen sudah semakin menurun. Paling penting ialah wanita selepas menopaus kerana di kala itu paras estrogen sangat rendah dan pengambilan Femmina boleh membantu mengatasi gejala yang bersangkutan dengan menopaus.

4. Siapakah golongan yang tidak disyorkan untuk mengambil Femmina?

• Gadis di bawah umur 18 tahun
• Wanita yang sedang hamil (Boleh terus mengamalkan Femmina selepas
   melahirkan)
• Wanita yang sedang atau pernah menghidapi kanser yang berkait dengan organ
  seksual wanita (payudara, rahim dan ovari).

5. Berapa lama perlu saya mengambil Femmina?

Bagi mendapat keberkesanan yang paling optima, anda digalakkan untuk mengamalkan Femmina secara berterusan sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Selepas itu anda boleh mengamalkannya dengan selamat bagi mengekalkan manfaatnya.

6. Jika saya mengamalkan produk lain, bolehkah saya mengambil Femmina?

Femmina ialah produk herba semulajadi. Insya-Allah ia tidak mengganggu keberkesanan produk kesihatan yang lain.

7. Bagaimana jika saya sedang mengamalkan pil perancang keluarga?

Kesan Femmina tidak begitu mantap kerana kandungan phytoestrogennya perlu berganding dengan hormon estrogen yang ada di dalam pil perancang keluarga. Untuk mendapat keberkesanan yang optima, anda boleh menggunakan kaedah lain untuk merangcang keluarga seperti IUD, kondom dll.

8. Mengapa Femmina tidak dicampur Gamat?

Memandangkan Femmina dihasilkan di dalam kapsul yang terhad kuantiti kandungannya (< dari 500mg dalam satu kapsul), adalah tidak bersesuaian untuk mencampurkan gamat kerana kuantiti gamat itu sudah tentu tidak boleh dimuatkan di dalam ruang kapsul yang terhad. Untuk mendapatkan khasiat gamat, anda disarankan untuk mengamalkan Pati Gamat Plus/Vita.


9. Mengapa Femmina dihasilkan di dalam bentuk kapsul dan tidak di dalam bentuk cecair seperti produk yang lain?

Ekstrak herba yang terdapat di dalam Femmina dihasilkan melalui teknik ‘spray drying’. Serbuk yang terhasil agak pahit dan adalah lebih selesa ditelan dalam bentuk kapsul. Dengan menggunakan serbuk juga dapat memberikan sukatan yang lebih tepat setiap kapsul. Ia juga mudah dimuatkan di dalam beg tangan agar mudah dibawa ke mana-mana supaya dapat mengikuti peraturan pengambilan Femmina ini secara teratur.


10. Saya khuatiri kapsul yang digunakan tidak HALAL...

Kapsul yang digunapakai dibuat dari sayuran dan bukan dari usus binatang. Femmina telah mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM supaya pengguna dapat mengamalkannya tanpa sebarang rasa was-was.

11. Adakah terdapat kesan tindakbalas jika saya mengambil Femmina?

Antara kesan tindakbalas utama yang mungkin berlaku termasuklah :

a. Bagi mereka yang kebiasaannya mengalami sakit kepala dan sakit perut
    sebelum/ketika datang haid, pada peringkat permulaan (3-4 hari), anda mungkin     
    mengalami simptom yang sama. Walaubagaimanapun, kesan ini akan hilang
    setelah badan anda sudah biasa kepada pengambilan Femmina.

b. Rasa tidak selesa pada payudara akibat kesan menegang dan proses pembesaran
    payudara.

c. Peningkatan penghasilan cecair pelembab/pelincir di bahagian faraj

d. Bagi wanita yang telah menopaus, kemungkinan berlaku pendarahan haid yang  
    bersifat sementara dan tidak perlu dikhuatiri

12. Adakah kesan sampingan seandainya saya memberhentikan pengambilan Femmina?

Femmina tidak memberi kesan ketagihan. Seandainya anda (terutamanya jika anda melewati usia 40-an) memberhentikan pengambilan Femmina, kesan yang anda alami sebelumnya seperti pembesaran dan penegangan payudara, kulit yang semakin licin, gebu dan cantik, rambut yang lebat dll akan perlahan-lahan kembali kepada keadaan asal memandangkan badan anda berada pada tahap yang mana hormon estrogen semulajadi sudahpun menyusut. Namun demikian, kesan tersebut akan kembali apabila anda mengamalkan Femmina semula.

13. Adakah memadai saya mengambil Femmina sebagai pemakanan tambahan untuk menjaga kesihatan saya?

Tidak. Kerana Femmina berfungsi menyerlahkan sifat-sifat kewanitaan dan mengatasi gejala menopaus. Ia bertindak menggunakan bahan aktif yang merupakan phytoestrogen. Paling sesuai jika ia digabungkan dengan pengambilan set Gaya Hidup Emas bagi tujuan mencegah, merawat dan menjaga kesihatan. Mengamalkan Bio-H akan memberi kesan awet muda yang lebih hebat apabila digabungkan dengan Femmina.

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS