Tuesday 11 September 2012

Manfaat Koenzim Q10


KOENZIM Q10 (Co Q10) atau ubikuinon merupakan salah satu daripada nutrien yang paling penting dalam badan manusia.
Dr. William Judy, seorang penyelidik perubatan dan pakar yang terkemuka mengenai Co Q10 berkata, ramai orang tidak menyedari bahawa tanpa Co Q10 yang mencukupi, sel-sel, organ-organ, bahkan seluruh sistem badan tidak dapat mengeluarkan cukup tenaga untuk berfungsi dengan baik.
Dr. Karl Folkers, seorang ahli biokimia yang terkenal pula menyifatkannya sebagai penemuan biokimia yang terpenting dalam tempoh empat dekad yang lalu.Untuk membantu para pembaca mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nutrien yang penting ini, kami telah menyediakan beberapa jawapan yang jelas dan mudah difahami mengenai soalan-soalan yang biasa ditanya tentang Co Q10
1. Apakah Koenzim Q10 (Co Q10)?
Co Q10 ialah sejenis bahan yang menyerupai vitamin dan dijumpai di dalam setiap sel dalam badan. Ia merupakan salah satu daripada nutrien paling penting dalam badan manusia dan juga dalam semua organisma hidup, termasuk tumbuhan dan haiwan.

2. Mengapakah Co Q10 begitu penting?
Co Q10 adalah penting bagi kesihatan dan daya hidup anda, bahkan untuk hidup itu sendiri. Co Q10 mempunyai dua peranan penting. Pertama, ia memainkan peranan yang kritikal dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Sel dan badan anda memerlukan tenaga untuk berfungsi, dari kegiatan mengepam oleh jantung sehingga ke pernafasan, berjalan mahupun berfikir.
Kedua, Co Q10 juga merupakan sejenis antioksidan yang berkuasa dan dapat mematahkan serangan radikal bebas. Kesihatan yang baik bermula dan dikekalkan dengan sel-sel yang sihat. Tidak ada ancaman lain yang boleh mengancam sel-sel anda dengan lebih serius pada hari ini selain daripada kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas.
Radikal bebas merupakan molekul-molekul yang mempunyai kereaktifan yang sangat tinggi, dikeluarkan secara semulajadi di dalam sel-sel anda semasa proses pengoksidaan. Radikal bebas ini menyerang sel-sel badan, membran, bahkan DNA itu sendiri. Apabila sel-sel rosak, maka kesihatan anda akan tergugat, seterusnya mendedahkan anda kepada penyakit-penyakit dan juga mempercepatkan proses penuaan.

3. Co Q10 memainkan peranan penting
dalam pengeluaran tenaga tetapi di manakah tenaga ini dikeluarkan dalam badan?
Tenaga sebenarnya dikeluarkan di dalam setiap satu daripada bertrilion sel dalam badan. Di dalam setiap sel terdapat banyak mitokondria (loji kuasa) di mana makanan ditukarkan menjadi tenaga dikenali sebagai Adenosine Trifosfat (ATP).
ATP adalah sejenis molekul yang mengandungi tenaga tersimpan, seolah-olah seperti sebuah bateri, yang diperlukan oleh tisu sel dan organ anda untuk berfungsi dengan lancar. Tanpa Co Q10, badan anda tidak dapat mengeluarkan tenaga.

4. Apakah manfaat daripada Co Q10
larut air (hydrosoluble)?
·         l Meningkatkan tenaga dan Daya Hidup
Co Q10 larut air terlibat dalam pengeluaran tenaga di dalam setiap sel. Tenaga yang mampu dikeluarkan oleh Co Q10 bukan sekadar sejenis tenaga yang hanya membolehkan anda berlari ke sana-sini secara fizikal, malahan ia juga menyediakan tenaga yang diperlukan oleh sistem penghadaman untuk memproses makanan, tenaga yang diperlukan oleh jantung anda untuk terus mengepam darah, malahan tenaga yang perlu dibekalkan kepada setiap organ dalam badan agar ia dapat berfungsi dengan sempurna.
·         l Menyokong jantung yang kuat
Jantung memerlukan bekalan tenaga yang paling besar berbanding dengan organ lain dalam badan anda. Otot-otot jantung tidak pernah berhenti bekerja. Untuk kita terus hidup, jantung kita mesti terus mengepam darah dan kegiatan ini memerlukan tenaga dan Co Q10.
Jantung memerlukan sepuluh kali ganda lebih banyak Co Q10 untuk berfungsi secara optimum. Jika jantung mengepam darah dengan baik, maka pernafasan juga menjadi lebih lancar. Tangan dan kaki anda akan berasa lebih kuat, demikian juga minda berasa lebih tajam. Malahan seluruh jiwa raga anda berasa lebih bertenaga.
·         l Menyokong Sistem Imuniti
Apabila badan menjadi lebih kuat sehingga ke peringkat setiap sel, begitu juga dengan sistem imuniti anda. Ancaman terhadap sistem imun oleh radikal bebas sebenarnya merupakan serangan terhadap setiap sel anda.
Radikal bebas boleh mengoksidakan atau merosakkan sel-sel jantung, paru-paru, hati, mata, perut, arteri, kulit, payu dara dan organ-organ lain dan boleh menjadi suatu ancaman yang besar terhadap kesihatan. Co Q10 boleh membantu melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas. Hasilnya, sel-sel organ dan badan anda kekal sihat.
·         l Memperlahankan proses penuaan
Satu lagi manfaat yang paling berkuasa daripada Co Q10 ialah apabila ia disertai dengan pemakanan serta gaya hidup yang sihat (seperti senaman), ia dapat membantu anda menangani proses penuaan dengan lebih baik.

5. Dari manakah badan anda mendapat
CoQ10?
Co Q10 dibuat secara semula jadi di dalam hati dan juga oleh setiap sel dalam badan. Biosintesis Co Q10 merupakan proses 17 peringkat yang memerlukan asid amino beserta dengan beberapa jenis vitamin dan mineral surih.
Ia juga dapat dijumpai dalam kebanyakan makanan tetapi dengan jumlah yang lebih kecil. Diketahui bahawa paras Co Q10 dalam badan kita menurun apabila usia kita semakin meningkat. Inilah sebabnya mengapa pakar menasihati mereka yang berusia 30 tahun ke atas supaya mengambil makanan tambahan Co Q10 larut air (hydrosoluble) kerana ia merupakan jenis yang paling mudah diserap ke dalam aliran darah.
Bentuk tradisi suplemen Co Q10 tidak dapat diserap dengan mudah oleh badan (serbuk Co Q10 yang diampaikan dalam minyak soya, dalam kapsul gel lembut, pil-pil yang berasaskan serbuk, kapsul gelatin keras yang diisikan dengan serbuk). Masalahnya ialah saiz zarah Co Q10 adalah sangat besar, tidak larut air serta tidak begitu larut dalam lipid, membuatnya sukar diserap badan anda.
Namun demikian, terdapat satu bentuk Co Q10 yang larut air (hydrosoluble) dan dihasilkan melalui teknologi "Biosolv" yang dipatenkan. Ini dapat mengurangkan saiz zarah Co Q10 dari 25 hingga 70 mikron, kepada kurang dari 0.3 mikron iaitu lebih kecil daripada saiz bakteria!
Oleh itu, ia dapat diserap dengan lebih mudah ke dalam aliran darah. Apa yang tidak dapat diserap ke dalam aliran darah tidak boleh digunakan oleh badan. Dengan mengambil Co Q10 yang larut air, lebih banyak Co Q10 boleh diserap ke dalam aliran darah untuk meningkatkan paras tenaga dalam badan anda.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

  Sumber : Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS