Saturday, 29 September 2012

Masalah Hati Berlemak


Hati berlemak atau steatosis merupakan satu keadaan dimana terdapat lemak berlebihan pada hati yang berpunca daripada pengambilan makanan berkolestrol tinggi, pengambilan ubat-ubatan yang keterlaluan dan juga pengambilan minuman keras.Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini.
Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru. Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras,kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Kesan Hati Berlemak

Penghidap akan berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.

Kajian menunjukkan 50 peratus daripada golongan ini mengadu: Letih, Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Sekiranya keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah: Busung, Pembengkakan hati, Demam & Jaundis (demam kuning)
Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak. 

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS