Vitamin
|
Fungsi
|
Sumber
|
Kekurangan
|
A
|
· boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu
jenis lain dalam keluarga vitamin A
· tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi
kanak-kanak.
· Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan
mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan
salurkencing dari dijangkiti kuman.
· menolong badan kita mengatur sistem kekebalan (immune
system) di mana sistem kekebalan badan ini membantu mencegah atau melawan
jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus
merbahaya.
|
telur, susu (lemak susu), dan hati
|
· lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,
· kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju
pada mata putih.
· Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada
jangkitan.
· Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan.
· Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu
sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh
menjadi buta.
· Lebih dos:
Bila di ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit, menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur, muntah-muntah dan kegagalan hati. |
B1
atau Thiamine
|
· pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin.
· memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi
jantung yang normal.
· membentuk ATP - iaitu bahanapi untuk badan bekerja.
Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang
demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil sebahagian
daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.
|
gandum atau hasil gandum,
kacang pis,
kacang,
tepung yang diperkayakan
ikan
kacang tanah, daging
|
· Keletihan, lemah badan, hilang selera makan
· Kegelisahan, gangguan tidur.
· Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder"
dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan
kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
· Sakit pada bahagian abdomen.
· Sembelit
· Gangguan mental atau emosi.
|
B2
atau Riboflavin
|
· Diperlukan
oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan
sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin.
|
Hati, susu, bayam, mee yang
diperkaya dan kulat atau cendawan
|
· Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada
mulut dan hidung. Begitu juga masalah kesihatan.
|
Niasin
(Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh.
|
· Diperlukan
oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan
sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh
membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang
besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan).
|
Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam,
daging, kacang tanah, bijirin diperkaya.
|
· Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh
menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit
pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.
Lebih Dos: Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung. |
Asid
Pantotenik (Vitamin B5)
|
Mengubah makanan kepada bentuk
molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang
mengatur fungsi sistem saraf.
|
dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin
|
Ulser pada manusia.
Lebih dos: Sama seperti pada vitamin B1 |
Piridoksin
(Vitamin B6
|
Diperlukan oleh tubuh untuk
metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu
membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak.
|
Lemak haiwan, bayam, brokoli dan
pisang
|
Anemia, bengkeng, gatal-gatal,
kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos: Kerosakan pada sistem saraf. |
Sianokobalamin
(Vitamin B12)
|
Membina bahan genetik dan membantu
pembentukan sel darah merah
|
hasilan haiwan
.
|
kekurangan darah (anemia) yang
membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali
terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah
penyerapan makanan pada usus.
|
C
|
· Vitamin C ialah
antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik
dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang
adrenal, dan untuk gusi yang sihat.
· pengeluaran hormon
anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting
· untuk metabolisma
folik asid , tairosin, dan phenylalanine.
· boleh mengurangkan
gejala penyakit asma.
· mencegah daripada
kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada
jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
· meningkatkan
penyerapan zat besi.
· bercantum dengan bahan
toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya,
oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan
racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam
dos yang tinggi.
· mengurangkan paras
"low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik ,
dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins "
(HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan
membantu mencegah " atherosclerosis" .
· egen dalam pembentukan
collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan
lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan
penyembuhan luka dan terbakar.
|
buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau spt asparagus,
avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon,
mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,
nenas, bayam, strawberri, tomato, dan selada air.
|
· Lemah badan.
· Sakit-sakit dan sengal badan
· Bengkak gusi.
· Hidung berdarah.
· Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi
berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang
menyebabkan kesakitan).
· Anemia
|
D
|
Vitamin
D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin
dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan
phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk
tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada
otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting
dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan
hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid
pembekuan darah yang normal.
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol),
yang datang dari sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol),
yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya
ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5.
Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap
sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif
|
Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air
masin , hasil tenusu, dan telur . mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan
halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak
sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap
cahaya matahari pada kulit.
|
· Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya
tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan
lemah otot).
· Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut,
yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang
dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).
· Lebih Dos:Pengambilan
secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan
kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan
kardiovaskular.
|
E
|
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam
pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran
darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam
rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut
yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah,
membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan
mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan
dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan
membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis
gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang
dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa
pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko
kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan
bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit
Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan
pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
|
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak
sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua
bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan
daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat,
daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.
|
· Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada
bayi.
· Penuaan kulit sebelum masa.
· Rambut gugur
· Anemia.
|
K
|
Vitamin K is diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana
perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan
pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang
terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya , ia
boleh menolong mencegah osteoporosis.Vitamin K memainkan peranan penting di
dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk
disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat. Ia boleh
meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak dan menolong
mencegah kanser. Ia menolong melanjutkan usia.Terdapat tiga bentuk vitamin K:vitamin
K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan; vitamin
K2,keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria
usus; dan vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik.
|
Vitamin K didapati daripada beberapa jenis makanan termasuk
asparagus, blackstrap molasses, kobis bunga, Brussels sprouts, kobis, sayuran
berdaun hijau gelap , puteh telur, daun salad , hati, oatl,, rai, kacang
soya, gandum dan yogurt. Bagaimanapun, majoriti bekalan vitamin ini untuk
tubuh kita didapati hasil daripada sintesis bakteria "baik"
yang terdapat dalam usus.
|
Lemah daya pembekuan darah yang
boleh menyebabkan pendarahan gusi, hidung, usus, dan salur kencing;
penyerapan darah daripada luka; dan pendarahan otak, bagi kes yang teruk.
Lebih dos:
Boleh menyebabkan jaundis pada bayi. |
Vitamin/
Mineral |
Sumber
|
Peranan Pada Tubuh
|
Kesan kekurangan dan
lebihan Dos
|
Kalsium
|
Susu, dadih, keju,
sardin, brokoli dan daun lobak putih.
|
Membantu membina
tulang dan gigi yang kuat. Mengingkatkan fungsi otot dan saraf. Membantu
darah membeku. Menggiatkan enzim-enzim yang diperlukan tubuh untuk menukarkan
makanan kepada tenaga.
|
Kekurangan:
Riket (sejenis penyakit tulang) pada kanak-kanak, osteomalasia (tulang lembut) dan osteoporosis pada orang dewasa.
Lebih dos:
Mengalami sembelit, karang, ginjal, pengumpulan kalsium pada tisu-tisu badan. Menghalang penyerapan zat besi dan mineral-mineral lain. |
Fosforus
|
Dada ayam, susu,
kekacang, kuning telur dan keju.
|
Ia bergantung dengan
kalsium dalam pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Diperlukan untuk
metabolisme, kimia tubuh, fungsi saraf dan otot.
|
Kekurangan:
Walaupun jarang berlaku, ia dapat menyebabkan seseorang itu mengalami lemah-lemah tubuh, sakit tulang dan kurang selera makan.
Lebih dos:
Menghalang penyerapan kalsium oleh sistem tubuh. |
Magnesium
|
Ayam, daging lembu,
sayur-sayuran hijau, brokoli, bertih jagung, biji janggus dan gandum.
|
Menjana enzim yang
diperlukan untuk mengeluarkan tenaga dalam tubuh. Diperlukan oleh tubuh dalam
pembentukan bahan genetik dan pertumbuhan tulang.
|
Kekurangan:
Loya, bengkeng, lemah-lemah otot, kekejangan dan masalah jantung.
Lebih Dos:
Loya, muntah-muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf.
Amaran:
Lebih dos dapat membawa maut pada mereka yang menghidap penyakit ginjal. |
Kalium
|
Kacang tanah, pisang,
jus oren, kacang hijau, cendawan, brokoli dan biji bunga matahari.
|
Membantu mengekalkan
keseimbangan cecair badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot.
|
Kekurangan:
Loya, kurang selera makan, lemah-lemah otot dan rasa tidak selesa terutamanya bagi mereka yagn mengalami cirit-birit. Jarang terdapat kes lebih dos dalam mineral ini. |
Folik Asid
|
barli, daging lembu,
bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran
berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng,
sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
|
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia
diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia
juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan
fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam
sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel
yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan
dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh
membantu dalam depresi dan "anxiety".
Folic acid sangat
penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf
"embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk
tumbesaran yang normal.
Folic asid sangat
berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.
|
Sakit disekeliling mulut
Sakit lidah Anemia. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak. |
Zat besi atau iron
|
hati, tiram, kerang,
buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang
dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan
|
Zat besi atau iron adalah nutrien penting
untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50
mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35
hingga 50 mgs per kilogram berat badan.
Iron memainkan peranan
penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung
dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang
memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.
Iron juga berperanan
penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan
kita mudah mendapat jangkitan.
|
Keletihan, lemah badan
Berdebar, sakit dada. Kesukaran bernafas. Anemia. |
iodin
|
udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut
adalah sumber iodin yang baik.
Jumlah iodin yang
terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang
terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada
sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat
pada tanah.
|
Fungsi iodin yang diketahui ialah sebagai
bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon tairod mengatur banyak aktiviti
berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan
kulit dan rambut, metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke
dalam sel.
Badan kita biasanya
mengandungi 20 – 30mgs iodin. Lebih kurang 60% daripadanya
terdapat dalam kilang tairod, selebihnya didapati pada keseluruhan tisu badan
, terutamanya dalam ovari, otot dan darah.
|
Penyakit Goitre (benguk) iaitu pembesaran
kilang tairod
IQ rendah Hypothyroidism. Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak |
Potassium
|
Potassium wujud hampir pada semua bahagian
dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang
kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya
dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya
dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur,
tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.
Sayur-sayuran yang
kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang,
kacang peas dan tomato.
Lain-lain sumber
potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu,
kambing, ayam dan ikan
|
Potassium diperlukan untuk mengekalkan
imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan
kontraksi otot.
Kekurangan potassium
bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak,
makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak
akan menyahkan potassium daripada badan kita.
Mereka yang mengambil
diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah
berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana
banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air
kencing.
Alkohol, kopi, gula,
diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh
menyebabkan kekurangan potassium.
|
Keletihan, lemah badan.
Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal. Kulit kering, tekanan darah rendah. Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot |
No comments:
Post a Comment