Tuesday, 9 October 2012

Anaemia/Kekurangan Darah Merah


Anaemia adalah sejenis keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah. Ini jangan dikelirukan dengan tekanan darah rendah atau hipotensi. Kebiasaannya di klinik keadaan ini akan diukur dengan melihat kandungan Hb (hemoglobin) untuk menentukan tahap kandungan darah seseorang. Antara tanda seorang itu mengidap anemia ialah pucat (lihat di bawah kelopak mata), keletihan, kurang selera makan, sakit kepala, jantung berdebar dan sesak nafas. Kebiasaannya anemia di sebabkan oleh pendarahan spt ulser perut, buasir, haid yang terlalu banyak dan panjang tempohnya dan kecederaan. Manakala sebab yang lain ialah kekurangan zat pemakanan (terutamanya orang berumur yang memakan makanan tidak seimbang dan masalah parasit/cacing dalam usus), sakit buah pinggang kronik, kanser, sakit hati, masalah thyroid dan sebab-sebab yang jarang berlaku spt kegagalan sum sum tulang, thalasemia, sideroblastic anemia dll.
Pemeriksaan lengkap oleh doktor perlulah dilakukan untuk mengenalpasti punca anemia itu sebenarnya dan untuk mendapat rawatan. Dari sudut alternatif juga perlu melihat punca anemia yang mana spt ulser atau buasir boleh lah di syorkan rawatan yang berkenaan (rujuk topik berkenaan). Manakala secara amnya bolehlah di syorkan pemakanan kesihatan yang mengandungi kandungan zat besi, asid folik dan vitamin B12 untuk membantu pembinaan sel darah merah. C3 spirulina dapat membantu memandangkan ia kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk pembinaan sel darah merah disamping klorofil yang turut mempunyai struktur molekul menyamai hemoglobin. Gamat juga menguatkan lagi pembinaan darah di sebabkan oleh potensi faktor penumbuhan sel dan kandungan nutriennya. Kesan gamat melancarkan pengaliran darah boleh membantu mengatasi simtom anemia. 
DISYORKAN
  • C3 Spirulina 1 hingga 2 sudu besar 2 kali sehari
    (1 atau 2 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari - Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
  • Bioseed
    (Bioseed - Makan 1/2 jam sebelum makan dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS